Monday, November 4, 2013

MAAL HIJRAH

dah lama rase tak berceloteh dalam blog ni. buat cantik2 tapi tak nak berceloteh.. hehe..

malam ini adalah ambang maal hijrah.. esok semua hamba Allah akan menyambut maal hijrah iaitu tahun baru bagi umat Islam..

Alhamdulillah saya masih bernafas di atas muka bumi ini untuk mengerjakan amalan-amalan akhirat sebagai bekal di akhirat kelak..

orang kata maal hijrah ni kita tutup buka lama buka buku baru & bila dah masuk tahun baru ni kita kena tanam azam untuk berubah..

so azam saya sempena maal hijrah kali ni.. saya nak jadi..

- anak yg solehah
- sahabat yang baik
- muslimah yang solehah..
- meningkat amalan kepada Allah SWT
- sentiasa mengingati Allah SWT & nabi Muhammad SAW
- menjaga ibadah yang wajib
- memperbanyakkan ibadah sunat
- menjaga maruah sebagai wanita Islam
- setia dengan Muhammad Syahmi bin Salim <--- xpaham kenapa ada list.. HAHAHA..

if esok bukan awal muharam pon saya tetap nak berubah macam atas ni.. tapi Alhamdulillah Allah hembuskan hidayah & lembutkan hati saya untuk berubah menjadi yg lebih baik dr sebelum..

saya hrap perubahan dr segi penampilan sy mungkin boleh buat org sekeliling pelik or mybe sakit jantung pon boleh jugak or kutuk or mengata.. but sy berubah bkn untuk manusia sy berubah kerana ALLAH.. only Allah can judge me not human..

nak tudung mcm ni.. tapi mahal.. xpe2 boleh kumpul duit agy..

Monday, June 3, 2013

make up vs cook

make up dan memasak dua perbuatan yang berbeza tapi satu perkara harian yang majoriti perempuan selalu buat. 2 benda ni yang sinonim bagi perempuan.. tapi tidak semua perempuan tahu memasak dan tidak semua perempuan tahu make up(aku lo spesis ni).. 

MAKE UP

sebelum ni aku tak ambil kisah pun pasal make up sebab muka aku bersih(Alhamdulillah Allah bagi kelebihan) dan aku selalu keluar pakai bedak saja. Namun, kita manusia tak pernah bersyukur dengan pemberian Allah so disebabkan tidak bersyukur aku ni. Aku ikut satu petua kat internet untuk hilangkan parut jerawat dalam 3-4 kesan. sekali ambil ko habuan. muka aku terbakar dan rosak. sampai sekarang aku menyesal apa yang aku sudah buat tapi aku belajar dari kesilapan dan anggap semua ini dugaan daripada Allah. 

disebabkan muka aku rosak so aku cuba nak masukkan diri aku dalam bidang-bidang make up ni. aku tengok kawan baik aku pakai make up... cantik.. perasaan nak pakai tu ada.. bila tengok tuto make up kat youtube lagi aku terkejut. before and after make up memang berbeza. orang dari kurang cantik terus jadi cantik giler wa cakap lu.. lagi la aku rasa macam nak pakai make up..

MEMASAK

aku dulu kecik-kecik tak suka memasak sebab aku takut minyak meletup. aku penah ada pengalaman minyak masak panas2 meletup kat muka(serius sakit). Namu, bidang memasak ni benda wajib untuk perempuan mahir dalam bidang ni. so aku pun terpaksa belajar masak(lepas kena marah dengan ayah aku pasal tu aku belajar).


Bagi aku dua-dua benda ni ada kelebihan dan kelemahan

MAKE UP
Kelebihan
  • Nampak cantik di mata orang
  • Lebih berkeyakinan di hadapan orang
  • Membuat orang tertarik pada kita
  • Muka nampak muda dan sihat
Kelemahan
  • Banyak sangat step(bagi aku banyak step)
  • Boleh merosakkan kulit
  • Kos yang tinggi
  • Merimaskan
  • Menyusahkan(bila nak ambil wuduk kena cuci sampai bersih ma)

MEMASAK
Kelebihan
  • Boleh bagi orang rasa apa yang kita buat
  • Menghilangkan stress(spesis macam aku je)
  • Keluarga mertua suka dan suami sayang
  • Mengiratkan sirahtulrahim antara keluarga
  • Mudah untuk buat
  • kos tidak beberapa tinggi(ikut masakan)
Kelemahan
  • Bila tak sedap orang kutuk

Kesimpulannya, aku lagi prefer memasak(nampak fakta sendiri) sebabnya make up tu merimaskan aku, menyusahkan aku, banyak keluar kos dan bukan diri sebenar. Maksudnya, pakai make up ni kita menutup diri sebenar kita dan menutup apa yang Allah bagi kat kita. Actually kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Semua manusia ada kelebihan dan kelemahan. Lagi pun nanti aku kawin suami aku tengok muka aku tak pakai make up juga, takkan aku nak pakai make up 24/7,  memang tak lo der.. rabak muka aku.. so i will always be natural and simple.. 

p/s: Bedak tabur tu make up jugak ke? <-- yang ni je lo aku pakai.. hehehe

Sunday, May 26, 2013

SAHABAT to KAWAN


kalau cerita pasal kawan. ALHAMDULILLAH.. syukur aku ke hadrat ALLAH.. aku ada ramai kawan sampai tak terkira.. baik or tak baik kawan aku tu aku tolak tepi. ibarat pepatah melayu 'buang yang keruh ambil yang jenih'.. yang baik itu kita ikut yang kurang baik kita jadikan teladan..

Sahabat aka teman akrab aka teman rapat aka kawan baik.. aku tak banyak sahabat.. aku ada 14 org je sahabat.. tapi sekarang tinggal 11 orang.. WHY berkurang??


al-kisah dia macam ni..

mula aku jejakkan kaki ke Politeknik aku tak kenal siapa2 pun kat situ dan aku tak ada famili terdekat yang duduk area tempat aku belajar. so nak or tak nak kena cari kawan baru. 1st masuk aku kenal roomate aku dan aku pling rapat dengan dia masa sem 1.. tapi kalau kawan2 1 kelas aku cuma rapat dengan 5 orang gadis..

nak di pendekkan cerita.. 2 orang gadis tu susah kot nak sebulu dengan kami so mereka tak rapat dengan kami ber-4 ni.. Alhamdulillah sepanjang tempoh belajar untuk 4 sem aku rapat dengan mereka.. kami susah senang sama2.. gelak ketawa sama2.. sewel sama2.. mereka ber-3 memanng sahabat aku lo.. serius i mean it.

tapi persahabatan ni tak kekal lama di sebabkan aku yang mulakan. aku mengaku aku salah sebab lebihkan bf aku. orang mungkin kata kat kami(aku & cinta hati aku) 24 hours berkepit..
Hello.. for everyone reminder or additional info AKU N CINTA HATI aku bukan berkepit 24 hours.. memang kat kelas aku jumpa dia n ada cakap sikit dengan tapi kitorang BERCAKAP sahaja bukan dating.. aku bercakap dengan dia sama macam aku cakap dengan kawan2 lelaki lain. aku tak duduk sebelah dia pon. dia duduk belakang aku.. rela pulak aku nak toleh belakang banyak.. teleng kepala aku tahuk.. bila penting aku cakap lo.. aku jumpa dia malam2 pon pergi keluar makan area public.

..so sambung cerita, aku mengaku lo tu salah aku tapi aku buat keputusan selepas mendapat persetujuan ramai. if mereka tidak suka malam tu aku tak kisah. we can go home. cinta hati aku pun tak kisah. so their answer is tak kisah follow aku je. so aku nak keputusan macam mana. dengan menggunakkan otak aku yang lembap ni so aku buat keputusan pergi tengok wayang. siapa suruh aku buat keputusan kalau tahu aku jenis otak lembap. so tengok lo wayang sama2..

aku yang tak tahu apa2, sampi saja di rumah mereka b'3 macam kurang ok dengan aku so start dari malam tu aku dah rasa lain. mereka mula jauhkan diri dari aku, buat hal mereka sama2, buat keputusan sesama mereka... & me terima keputusan mereka dengan fikiran positive and with high patient. aku cuba sabar untuk beberapa bulan.. tapi lama2 aku perasaan terkilan aku makin dalam.. aku tahu itu salah aku.. & aku dah minta maaf malam tu immiediately atas kesalahan aku. Aku tak kesah kalau mereka nak marah aku sebab aku tahu kesalahan aku.. aku tak kisah kalau mereka terus terang apa lagi kesalahan yang aku buat pada mereka yang aku tidak. i will accept it sis. i know my mistake. tapi aku tak boleh terima orang yang aku anggap sahabat.. yang aku percaya sepenuh hati aku.. yang aku sayang macam famili sendiri pulaukan aku.. serius aku tak boleh terima.

aku TAK MARAH dengan mereka, aku TAK BENCI dengan mereka tapi aku TERKILAN. mereka tiada apa2 kesalahan or dosa dengan aku. if ada aku dah maafkan mereka dari mula mereka lakukan.

tapi lepas apa yang berlaku.. aku tak boleh terima mereka sahabat aku.. sebab bagi aku sahabat takkan menyakiti hati sahabat sendiri. aku rasa macam kena tikam belakang. sakit sangat..

pasal tu aku buat keputusan duduk dengan orang yang aku rapat dari sem 1 dan keluar dari rumah macam tu je. sebab aku tak nak sakitkan hati mereka lagi dan tak susahkan mereka nak tunggu aku sampi lewat pagi.(thanks lo kawan aku hargai kesudian korg tunggu aku)..

aku boleh terima mereka sebagai kawan aku tapi tak boleh terima mereka sebagai sahabat aku.. aku bukan pendedam.. tapi prinsip aku.. orang dah ludah aku tak jilat balik.. aku tak nak benda sama ulang balik.




Sahabat aku sekarang 11 orang saja.
1.    my true friends, cik pnaz
2.    my ears & bodyguard, en luff
3-8. my brother & sister, 7 HAVOX crew..
9.    my cousin, cik myza johar
10.  my loyal partner, cik amalina mat denin
11. my true love, muhammad syahmi

mereka sahaja.. tiada tambahan.. hanya mereka.. aku tak berani nak sayang & percaya kat orang lain dah lepas ni.. sayang & kepercayaan aku hanya pada agama aku(ISLAM), keluarga, Cinta hati aku  & sahabat aku.

*p/s kalau antara yang dalam cerita ini ada terbaca.. aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. aku tidak mengukum sebab aku bukan tuhan untuk menghukum tapi aku hamba ALLAH yang lemah yang sentiasa buat silap.



Tuesday, May 14, 2013

i wan to change

change yang membawa maksud bertukar or berubah.. so what i mean for my change.. i wan to change to what? from me to what? either i wan to change to become

a beautiful lady like her 

or 

super power lady like her..

or

smart lady like her

or

popular lady like her..

or

like this
HAHAHA

tapi sebenarnya saya nak berubah jadi macam ni..

kenapa tiba2 Afiqah binti Ismail berkata begini..
sebab tiba2 ingat pasal mati.. semua umat islam kena ingat pasal mati supaya kita takut kepada yang MAHA PENCIPTA iaitu ALLAH SWT.. bila fikir balik dosa yang aku pikul dah bergunung-ganang tapi tak penah insaf. Bila susah baru nak ingat tuhan. so apa maksud hidup aku di dunia ni sebagai seorang perempuan islam. 

so mulai saat ini, hari ini dan tahun ini.. aku nekad untuk berubah menjadi seorang muslimah yang sentiasa mengingati ALLAH SWT.. aku tahu aku tak mampu untuk berubah 100% tapi aku cuba berubah menjadi seorang yang lebih baik dari dulu.. i will try my best.. IN SYAA ALLAH..

Saturday, May 11, 2013

jobs hunt tapi hampeh

misi hari ini cari kerja untuk dapat income so boleh bayar apa2 perbelanjaan untuk final sem..

daripada hari tu nak cari kerja dengan en MUHAMMAD ZAINUS SUBHI bin MUHAMAD tapi aku call tak angkat so cari kerja sorang2 je lo.. 

start cari kerja dari pukul 4 sampi pukul 630.. memang banyak yang tampal kerja kosong tapi semua nak permanent worker not temporary macam aku.. so semua kena reject.. sedih giler balik tak dapat kerja.. dah tahap mati kutu tak tahu nak cari kerja kat mana. cerita-cerita kat ibu aku.. ibu aku pun suruh aku kerja buat kuih raya dengan mak andak aku. aku tak kesah kerja apa asalkan kerja dan income masuk. penat tu tak kesah. asalkan ada income.

selesai call mak andak aku. isnin nanti aku kena pergi kerja. actually bukan buat kuih raya. tapi masukkan kuih dalam balang kuih. income tak tahu macam mana. sebab mak andak aku cerita diorang bayar ikut peket or bekas. banyak bekas banyak lo duit masuk. so aku kena lo buat kerja cepat-cepat biar dapat banyak bekas.. 

for my opinion.. kerja ni ok sebab aku jenis memang tak selesa kalau dalam poket tak ada duit sendiri. aku dah tak selesa nak minta duit dari parent aku.. kesian kat mereka. pasal upah kecik or apa2 ke aku tak kesah.. yang penting ada kerja, income masuk dan kerja tu halal.. dah dapat kerja ni pun aku dah cukup syukur ke hadrat ILAHI sebab bukakan pintu rezeki untuk aku. sesungguhnya terbukti ALLAH maha pemurah lagi maha penyayang.. ALHAMDULILLAH.


Friday, May 10, 2013

wajah baru blog KU

WAH~~~~
berbeza.. lebih ceria & colour2.. cantik(bagi saya lo.. kalau orang lain kata buruk ada aku kisah)
BATAK tahap babun tengok blog sendiri.. HAHAHA
ibarat monyet mendapat bunga.. macam kanak2 baru dapat 20 sen.. walaupun kanak2 zaman sekarang tak pandang pun 20 sen tu.. EHEHEH..

di sebabkan hari ni tak mesej langsung dengan cinta hati(tak ada kedit nak mesej).. dapat im sekejap je tadi petang tak sampai 10 minit.. tu yang ngadap blog ni berjam-jam.. dari pukul 12 sampi 4 pagi.. confirm kena marah... HAHAHA..

saya pun tak tahu konsep apa yang saya buat. konsep REDAH kot.. sebab buat suka-suka.. tak ada perasaan seni pun masa buat ni.. so nothing is art only copy paste save..

perancangan sebenar hari ini adalah tidur awal sebab esok ada kenduri.. lepas tu nak cari kerja.. kalau tak cari kerja memang bosan habis duduk rumah nak keluar confirm kena marah.. kang katanya merayap jumpa laki.. aish.. cinta hati aku jauh nak jumpa laki apa. so esok nak cari kerja sampi dapat.. kalau tak dapat memang bosan cuti semester aku tahun ni & ini lah satu-satunya cuti semester poket aku kuar habuk.. so kena cari INCOME.. bagi poket ada duit balik..

Tuesday, May 7, 2013

CINTA HATI

bukak2 blog yang dah bersarang tebuan ni terus update pasal cinta hati.. tapi nak buat macam mana tak pandai bukak mukadimah cerita pasal diri sendiri.. Nanti ada yang cakap perah santan. HEHEHE.. so jom kita bukak mukadimah yang pertama setelah meninggalkan blog setelah beberapa abad zaman mesopotamia telah saya tinggalkan... HAHAHA..

dulu masa semester 1 kami teman tapi mesra lepas tu convert jadi couple then sekarang dia adalah cinta hati saya lepas ni dia bakal suami saya.. IN SYAA ALLAH.. amin..

6 facts tentang CINTA HATI saya...

1. Walaupun dia tak hensem macam lee seung gi..


tapi dia saya sentiasa comel di mata saya dan menenangkan hati saya setiap masa..


2. Walaupun dia tak alim macam ustaz...
tapi dia menegur saya untuk sentiasa mengingati ALLAH bila saya lalai.
 


3. Walupun dia bukan profesional motivator
tapi dia yang selalu motivate saya untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah menempuh dugaan yang ada.


4. Walaupun dia tak kelakar macam johan raja lawak
tapi bila saya sedih dia yang akan buat saya tergelak(walaupun benda tu tak lawak tapi terpaksa gelak)


5. Walaupun dia bukan bantal busuk saya
tapi dia sentiasa ada disamping saya bila saya perlukan dia(pada waktu yang tertentu not 24 hours


6. Walaupun dia tak romantik macam Lelaki di Paris yang will kneel down in front their lover and say will you marry me.. 
tapi saya tahu satu hari nanti dia yang akan jumpa my parent untuk ambil saya jadi suri dalam hidup dia.. 
In Syaa ALLAH..


MUHAMMAD SYAHMI BIN SALIM saya hargai setiap kasih sayang yang awak bagi pada saya. Terima Kasih sebab sanggup tunggu saya selama setahun dan akhirnya hati saya dah jadi milik awak dan saya akan setia dengan awak hingga hujung nyawa saya. In Syaa ALLAH..
 SAYA SAYANG AWAK SANGAT9 SAYANG..

Tuesday, August 14, 2012

sweet or sour ? ?

aku kalau boring memang suke buat benda yang tak patut tapi tak patut aku tu macam sweet je.. HAHA

tapi sweet ke sour apa yang aku buat ni ? ?




Sunday, August 5, 2012

R E S P O N S I B L E ? ?

responsible mean tanggungjawab..
tanggungjawab bermaksud KEWAJIPAN yang dipikul oleh seseorang atas segala yang wajib ditanggung..

semua orang ada tanggungjawab masing2.. but tak semua orang mampu lakukan dengan sempurna sebab nobody is perfect, sama lo macam aku.. aku tanggungjawab aku sebagai seorang Islam,anak, pelajar,kawan & 'girl friend'(ada tanggugjwab gak an) pun belum tentu aku mampu laksanakan dengan sempurna. tapi kita boleh buat apa yang kita mampu.. itu lebih baik dari tak bertanggungjawab.

Post hari ni actually berkenaan dengan org yang berhampiran dengan aku.. tapi aku tak boleh cerita dengan lebih mendalam lagi.. so ini je yang aku mampu story..





Tuesday, July 24, 2012

B E T U L ke B O H O N G ? ? ! !

bosan2 usha lo blog2 org <---x ade keje lain. stalker org je...-.-"

THEN.. aku jumpa sesuatu..

personaliti diri yg lahir bulan NOVEMBER.. boleh caye k?

NOVEMBER

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Banyak idea dalam perkara

then usha bulan OGOS pula...

OGOS

Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya

Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi

Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari

Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relaks
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan (especially perempuan)

*yg oren tu memang perangai my sayang.. tapi yang lain mak jemah tak tahu lo nyah.. HEHE..

Thursday, July 19, 2012

i HATE you but i NEED you

aku : ibu bdan adik skrang slalu sakit2 lo.
ibu : tak cukup rhat lo tu..
aku : klu xckup rehat xde lo rase smpi tlang blkng ni mcm nak ptah..
ibu : adik x ckup kalsium.. kena mnom SUSU
aku : euw~~ susu... yukkss

aku pun tak tahu sejak bila aku tak suka susu.. sejak aku dapat bau yg bau susu tu busuk.. sejak tu aku tak minum susu.. 

siyes aku memang tak boleh bau susu.. 

FIRST story
dulu masa aku sekolah menengah.. along aku memang suka minum susu.. tapi aku tak tahu pe mimpi dia tibe2 nak minum susu ritu.. aku rileks je duduk sebelah die sambil tengok tv..

tibe2 die bukak mulut.. pergh bau susu... hidung aku ni memang alert giler bau susu.. automatik badan aku terus ke toilet n WWWEEEEKKKK~~~~...

SECOND story
aku & finaz best friends dari kitorg xreti cakap sampai skrang terlebih cakap.. so die tahu lo aku memang anti susu.. tapi die suka..
di pendekkan cerita.. 1 hari tu finaz suruh aku minum susu.. aku cakap lo aku tak boleh.. sebab bau die bususk.. then finaz kata suruh aku tutup hidong masa minum dah telan baru lepas..
so aku pun buat apa yang dia suruh.. telan memang telan. beberapa saat selepas itu.. mcm biasa pergi toilet lo..

THIRD story
masa aku stay umah myza.. aku kena buat susu damia.. sebab myza masa tu pegang damia.. so aku lo kena buat.. demi damia aku buat lo an.. aku lo org paling pelik kalau bab2 susu ni.. aku bancuh susu sejauh yg mungkin.. selasai bancuh.. myza sruh aku rase.. mmg aku bg die lo.. xnak aku..

but... sekarang aku kena selalu minum susu(susu coklat).. sebab aku tak tahan sakit tulang..

SO kesimpulannyer.. susu putih xsedap.. susu coklat sedap.. sebab sy suka coklat.. HEHE

Saturday, July 7, 2012

bestNYER~~ so sweet

tengah lepak2 dengan myza.. sekali myza buka The Kliker l Wedding & Portrait Photography.. pergh gempak giler pic irma hasmi nikah.. cantik sangat.. suami die lagi hensem giler..

actually kitorang dah banyak kali tengok pic kawin irma hasmi tapi rasa tak bosan sebab awesome giler kowt.. yang paling buat aku tertarik &aku rasa yang paling best,cincin diorang..CANTIK siot..


cantik.. biru.. lepas tu ade nama. so sweet~~

video diorang pun gempak..

thumbs up^^

aku nak macam ni memang tak dapat lo.. lagi pun aku bukan cantik pun. kalau cantik tak apa lo jugak.. selain itu, en. ISMAIL BIN AHMAD dah warning awal2 dah. "Adik nak kawin nanti tak payah nak meriah2.. buat yang wajib je macam ayah & ibu dulu.. asalkan adik tu kawin"

ayark!!!=.="

so kita sebagai anak ikut je lo an.. & ibarat kate syahmi "nak buat apa membazir, better bagi duit tu kat anak yatim.. lagi bagus"

so mind set KALAU BUAT SIMPLE TAK SEMESTINYA TAK BEST.. ^^

Thursday, June 28, 2012

for my hubby..^^



i love you + i miss you - i hate you = syahmi salim..^^

Thursday, June 21, 2012

tanyalah USTAZAH..^^

bosan tak tahu nak buat apa.. stalk lo page yg best2.. sekali terjumpa ni...


tapi selalu merajuk pun menyakitkan hati dia jugak.. kadang2 tak apa kowt.. HAHA
tapi sekarang aku malas dah nak merajuk,marah,kecil hati, jelous n sebagainya.. 

Bukan aku dah tak sayang dia.. aku sayang dia sangat2.. tapi aku tak nak susahkan dia.. kesian pulak kat dia.. hari2 nak layan perangai ngade2 aku ni.. aku bukan bini dia lagi.. so Afiqah binti Ismail belajar paham Muhammad Syahmi bin Salim.. 

baru dia makin sayang.. HEHE.. confident je ayat.. HAHA...

Monday, June 18, 2012

J O M masak ! ! !

"tepuk dada tanya selera"
"tepuk perut tanya lapar ke tak??"(perosak bahasa)

hari ini aku mintak tolong chef som(cik som) ajar aku masak Ayam Masak Black Paper

resepinya macam ni

bahan-bahan:
2 ketul ayam (yang sudah dipotong)
1 mangkuk kuah black paper
1 cawan air
garam
sayur(sawi,kobis & sebagainya)
minyak masak
kuali

cara:

1. Masukkan minyak ke dalam kuali then panaskan.
2. Bila dah betul2 panas goreng ayam yang sudah dipotong, apabila ayam dah masak masukkan di dalam    
    bekas or pinggan.
3. Seterusnya, masukkan 1 cawan air di dalam kuali lepas itu didihkan.
4. Apabila air sudah didih, masukkan kuah black paper & ayam yang sudah di goreng ke dalam air itu.
5. Tunggu kuah itu mendidih then masukkan sayur seperti kobis & sawi supaya nampak lo seri lauk tuh.
6. Akhir sekali bubuh garam secukup rasa. SIAP..



*kesimpulannya, aku belajar masak lauk ni sebab cinta hati aku kata dia suka makan makanan ni. 
so untuk pastikan si keding tu GEMOK kena lo belajar makanan favourite dia biar dia GEMOK..
HEHE..

i love you so9 much MUHAMMAD SYAHMI BIN SALIM... <3 <3 <3


Sunday, June 17, 2012

ape ke peliknyer nama dia

wargh!! penat mak cik hari ni..

kerja dari pukul 2 sampi maghrib tak sempat aku nak duduk.. customer ramai hari ini..
sebab ada pekerja baru kot. HAHA..

actually aku nak story pasal ada sepasang couple mak cik & pak cik ni..
aku macam biasa bagi menu then tunggu order..
mak cik tu mintak fresh oren.. yang pak cik tu pulak mintak teh air cond..
mulut aku secara automatik tercakap 'ape??'(dengan muka blur)..
mak cik tu pulak backup cakap benda yang sama.
hurmm.. aku fikir2.. pak cik ni mintak teh ais lo ni..

THEN..
aku pun cakap lo kat amai air fresh oren & teh ais.. tapi masa dia tengah buat air.. aku citer lo kat die yang pak cik tu cakap air teh ais tu teh air cond...
pastu amai pandang aku then tanya aku betul2 or tak pak cik tu mintak teh air cond. aku angguk je..
rupa2nyer teh air cond tu teh panas pastu keliling air tu letak ais..
itu teh air cond namanyer.. mana lo aku tahu.. HAHA...

Friday, June 8, 2012

gadis tudung OREN?

Hari ni follow ibu pergi kerja kat klinik pergigian sg.besor.
sebab tak ada pape yang aku boleh buat. Ni lo yg aku buat


Ni lo name nyer syok sendiri & perasan comel. HAHA.. xcomel pon.. 


Monday, June 4, 2012

a day wif BBF*


2 gadis keluar berjalan2 rini..


afiqah ismail & nurul shafinaz jailani
mula2 ktorg g pasar beli tudung.. hari itu beli tudung.. ni beli lagi..

rm 15/pcs.. lai~~ lai~~ mulah2.. HAHA

then pergi isi perot yang kosong di McD

nyum~~ nyum~~

habis isi perot masuk tesco teman pnaz cari seluar..

so then kitorg straight pergi beli tiket wayang..
mula2 cadang nak tengok citer man sewel datang kl.. tapi risau nanti kecewa lagi macam hari tu.. sebab citer melayu ni tak banyak best.. HAHA.. terok punyer pompuan.. so kitorg decide layan citer snow white & huntsman..

hero xhensem.. -.-...

kitorg ambil tiket pukul 4.30 tapi jam still 2.30.. ade 2 jam.. apa mau buat.. KAROKE lo.. 


yes.. karoke berdua selama 1 jam menyebabkan suara aku hampir hilang.. HAHA..

lepas karoke kitorg jalan2 area one plaza tu sampi 4.15..

habis je citer pergi tesco balik sebab pnaz nak beli barang.. habis beli barang aku tengok jam pukul 6.55.. pergh.. keluar rumah pukul 11 balik nak dekat maghrib.. memang tak patot aku merayap lagi.. HAHA..
so dah sedar2 anak dara & 'ter'sedar spec malas bawak so balik lo ape lagi..

Monday, May 28, 2012

NOVELIST

wargh.. ada novel baru..

urm.. macam best..

target.. kumpul duit.. beli novel banyak2.. caiyook2!!

C O M E L ! ! !

pagi2 bute layan cartoon kt disney junior... HEHE...

pocoyo.. DON'T TOUCH


comeynyer.. wink~~...

pocoyo nakal tapi baik. comelnyer pocoyo..