Monday, November 4, 2013

MAAL HIJRAH

dah lama rase tak berceloteh dalam blog ni. buat cantik2 tapi tak nak berceloteh.. hehe..

malam ini adalah ambang maal hijrah.. esok semua hamba Allah akan menyambut maal hijrah iaitu tahun baru bagi umat Islam..

Alhamdulillah saya masih bernafas di atas muka bumi ini untuk mengerjakan amalan-amalan akhirat sebagai bekal di akhirat kelak..

orang kata maal hijrah ni kita tutup buka lama buka buku baru & bila dah masuk tahun baru ni kita kena tanam azam untuk berubah..

so azam saya sempena maal hijrah kali ni.. saya nak jadi..

- anak yg solehah
- sahabat yang baik
- muslimah yang solehah..
- meningkat amalan kepada Allah SWT
- sentiasa mengingati Allah SWT & nabi Muhammad SAW
- menjaga ibadah yang wajib
- memperbanyakkan ibadah sunat
- menjaga maruah sebagai wanita Islam
- setia dengan Muhammad Syahmi bin Salim <--- xpaham kenapa ada list.. HAHAHA..

if esok bukan awal muharam pon saya tetap nak berubah macam atas ni.. tapi Alhamdulillah Allah hembuskan hidayah & lembutkan hati saya untuk berubah menjadi yg lebih baik dr sebelum..

saya hrap perubahan dr segi penampilan sy mungkin boleh buat org sekeliling pelik or mybe sakit jantung pon boleh jugak or kutuk or mengata.. but sy berubah bkn untuk manusia sy berubah kerana ALLAH.. only Allah can judge me not human..

nak tudung mcm ni.. tapi mahal.. xpe2 boleh kumpul duit agy..

Monday, June 3, 2013

make up vs cook

make up dan memasak dua perbuatan yang berbeza tapi satu perkara harian yang majoriti perempuan selalu buat. 2 benda ni yang sinonim bagi perempuan.. tapi tidak semua perempuan tahu memasak dan tidak semua perempuan tahu make up(aku lo spesis ni).. 

MAKE UP

sebelum ni aku tak ambil kisah pun pasal make up sebab muka aku bersih(Alhamdulillah Allah bagi kelebihan) dan aku selalu keluar pakai bedak saja. Namun, kita manusia tak pernah bersyukur dengan pemberian Allah so disebabkan tidak bersyukur aku ni. Aku ikut satu petua kat internet untuk hilangkan parut jerawat dalam 3-4 kesan. sekali ambil ko habuan. muka aku terbakar dan rosak. sampai sekarang aku menyesal apa yang aku sudah buat tapi aku belajar dari kesilapan dan anggap semua ini dugaan daripada Allah. 

disebabkan muka aku rosak so aku cuba nak masukkan diri aku dalam bidang-bidang make up ni. aku tengok kawan baik aku pakai make up... cantik.. perasaan nak pakai tu ada.. bila tengok tuto make up kat youtube lagi aku terkejut. before and after make up memang berbeza. orang dari kurang cantik terus jadi cantik giler wa cakap lu.. lagi la aku rasa macam nak pakai make up..

MEMASAK

aku dulu kecik-kecik tak suka memasak sebab aku takut minyak meletup. aku penah ada pengalaman minyak masak panas2 meletup kat muka(serius sakit). Namu, bidang memasak ni benda wajib untuk perempuan mahir dalam bidang ni. so aku pun terpaksa belajar masak(lepas kena marah dengan ayah aku pasal tu aku belajar).


Bagi aku dua-dua benda ni ada kelebihan dan kelemahan

MAKE UP
Kelebihan
  • Nampak cantik di mata orang
  • Lebih berkeyakinan di hadapan orang
  • Membuat orang tertarik pada kita
  • Muka nampak muda dan sihat
Kelemahan
  • Banyak sangat step(bagi aku banyak step)
  • Boleh merosakkan kulit
  • Kos yang tinggi
  • Merimaskan
  • Menyusahkan(bila nak ambil wuduk kena cuci sampai bersih ma)

MEMASAK
Kelebihan
  • Boleh bagi orang rasa apa yang kita buat
  • Menghilangkan stress(spesis macam aku je)
  • Keluarga mertua suka dan suami sayang
  • Mengiratkan sirahtulrahim antara keluarga
  • Mudah untuk buat
  • kos tidak beberapa tinggi(ikut masakan)
Kelemahan
  • Bila tak sedap orang kutuk

Kesimpulannya, aku lagi prefer memasak(nampak fakta sendiri) sebabnya make up tu merimaskan aku, menyusahkan aku, banyak keluar kos dan bukan diri sebenar. Maksudnya, pakai make up ni kita menutup diri sebenar kita dan menutup apa yang Allah bagi kat kita. Actually kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Semua manusia ada kelebihan dan kelemahan. Lagi pun nanti aku kawin suami aku tengok muka aku tak pakai make up juga, takkan aku nak pakai make up 24/7,  memang tak lo der.. rabak muka aku.. so i will always be natural and simple.. 

p/s: Bedak tabur tu make up jugak ke? <-- yang ni je lo aku pakai.. hehehe

Sunday, May 26, 2013

SAHABAT to KAWAN


kalau cerita pasal kawan. ALHAMDULILLAH.. syukur aku ke hadrat ALLAH.. aku ada ramai kawan sampai tak terkira.. baik or tak baik kawan aku tu aku tolak tepi. ibarat pepatah melayu 'buang yang keruh ambil yang jenih'.. yang baik itu kita ikut yang kurang baik kita jadikan teladan..

Sahabat aka teman akrab aka teman rapat aka kawan baik.. aku tak banyak sahabat.. aku ada 14 org je sahabat.. tapi sekarang tinggal 11 orang.. WHY berkurang??


al-kisah dia macam ni..

mula aku jejakkan kaki ke Politeknik aku tak kenal siapa2 pun kat situ dan aku tak ada famili terdekat yang duduk area tempat aku belajar. so nak or tak nak kena cari kawan baru. 1st masuk aku kenal roomate aku dan aku pling rapat dengan dia masa sem 1.. tapi kalau kawan2 1 kelas aku cuma rapat dengan 5 orang gadis..

nak di pendekkan cerita.. 2 orang gadis tu susah kot nak sebulu dengan kami so mereka tak rapat dengan kami ber-4 ni.. Alhamdulillah sepanjang tempoh belajar untuk 4 sem aku rapat dengan mereka.. kami susah senang sama2.. gelak ketawa sama2.. sewel sama2.. mereka ber-3 memanng sahabat aku lo.. serius i mean it.

tapi persahabatan ni tak kekal lama di sebabkan aku yang mulakan. aku mengaku aku salah sebab lebihkan bf aku. orang mungkin kata kat kami(aku & cinta hati aku) 24 hours berkepit..
Hello.. for everyone reminder or additional info AKU N CINTA HATI aku bukan berkepit 24 hours.. memang kat kelas aku jumpa dia n ada cakap sikit dengan tapi kitorang BERCAKAP sahaja bukan dating.. aku bercakap dengan dia sama macam aku cakap dengan kawan2 lelaki lain. aku tak duduk sebelah dia pon. dia duduk belakang aku.. rela pulak aku nak toleh belakang banyak.. teleng kepala aku tahuk.. bila penting aku cakap lo.. aku jumpa dia malam2 pon pergi keluar makan area public.

..so sambung cerita, aku mengaku lo tu salah aku tapi aku buat keputusan selepas mendapat persetujuan ramai. if mereka tidak suka malam tu aku tak kisah. we can go home. cinta hati aku pun tak kisah. so their answer is tak kisah follow aku je. so aku nak keputusan macam mana. dengan menggunakkan otak aku yang lembap ni so aku buat keputusan pergi tengok wayang. siapa suruh aku buat keputusan kalau tahu aku jenis otak lembap. so tengok lo wayang sama2..

aku yang tak tahu apa2, sampi saja di rumah mereka b'3 macam kurang ok dengan aku so start dari malam tu aku dah rasa lain. mereka mula jauhkan diri dari aku, buat hal mereka sama2, buat keputusan sesama mereka... & me terima keputusan mereka dengan fikiran positive and with high patient. aku cuba sabar untuk beberapa bulan.. tapi lama2 aku perasaan terkilan aku makin dalam.. aku tahu itu salah aku.. & aku dah minta maaf malam tu immiediately atas kesalahan aku. Aku tak kesah kalau mereka nak marah aku sebab aku tahu kesalahan aku.. aku tak kisah kalau mereka terus terang apa lagi kesalahan yang aku buat pada mereka yang aku tidak. i will accept it sis. i know my mistake. tapi aku tak boleh terima orang yang aku anggap sahabat.. yang aku percaya sepenuh hati aku.. yang aku sayang macam famili sendiri pulaukan aku.. serius aku tak boleh terima.

aku TAK MARAH dengan mereka, aku TAK BENCI dengan mereka tapi aku TERKILAN. mereka tiada apa2 kesalahan or dosa dengan aku. if ada aku dah maafkan mereka dari mula mereka lakukan.

tapi lepas apa yang berlaku.. aku tak boleh terima mereka sahabat aku.. sebab bagi aku sahabat takkan menyakiti hati sahabat sendiri. aku rasa macam kena tikam belakang. sakit sangat..

pasal tu aku buat keputusan duduk dengan orang yang aku rapat dari sem 1 dan keluar dari rumah macam tu je. sebab aku tak nak sakitkan hati mereka lagi dan tak susahkan mereka nak tunggu aku sampi lewat pagi.(thanks lo kawan aku hargai kesudian korg tunggu aku)..

aku boleh terima mereka sebagai kawan aku tapi tak boleh terima mereka sebagai sahabat aku.. aku bukan pendedam.. tapi prinsip aku.. orang dah ludah aku tak jilat balik.. aku tak nak benda sama ulang balik.




Sahabat aku sekarang 11 orang saja.
1.    my true friends, cik pnaz
2.    my ears & bodyguard, en luff
3-8. my brother & sister, 7 HAVOX crew..
9.    my cousin, cik myza johar
10.  my loyal partner, cik amalina mat denin
11. my true love, muhammad syahmi

mereka sahaja.. tiada tambahan.. hanya mereka.. aku tak berani nak sayang & percaya kat orang lain dah lepas ni.. sayang & kepercayaan aku hanya pada agama aku(ISLAM), keluarga, Cinta hati aku  & sahabat aku.

*p/s kalau antara yang dalam cerita ini ada terbaca.. aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. aku tidak mengukum sebab aku bukan tuhan untuk menghukum tapi aku hamba ALLAH yang lemah yang sentiasa buat silap.



Tuesday, May 14, 2013

i wan to change

change yang membawa maksud bertukar or berubah.. so what i mean for my change.. i wan to change to what? from me to what? either i wan to change to become

a beautiful lady like her 

or 

super power lady like her..

or

smart lady like her

or

popular lady like her..

or

like this
HAHAHA

tapi sebenarnya saya nak berubah jadi macam ni..

kenapa tiba2 Afiqah binti Ismail berkata begini..
sebab tiba2 ingat pasal mati.. semua umat islam kena ingat pasal mati supaya kita takut kepada yang MAHA PENCIPTA iaitu ALLAH SWT.. bila fikir balik dosa yang aku pikul dah bergunung-ganang tapi tak penah insaf. Bila susah baru nak ingat tuhan. so apa maksud hidup aku di dunia ni sebagai seorang perempuan islam. 

so mulai saat ini, hari ini dan tahun ini.. aku nekad untuk berubah menjadi seorang muslimah yang sentiasa mengingati ALLAH SWT.. aku tahu aku tak mampu untuk berubah 100% tapi aku cuba berubah menjadi seorang yang lebih baik dari dulu.. i will try my best.. IN SYAA ALLAH..

Saturday, May 11, 2013

jobs hunt tapi hampeh

misi hari ini cari kerja untuk dapat income so boleh bayar apa2 perbelanjaan untuk final sem..

daripada hari tu nak cari kerja dengan en MUHAMMAD ZAINUS SUBHI bin MUHAMAD tapi aku call tak angkat so cari kerja sorang2 je lo.. 

start cari kerja dari pukul 4 sampi pukul 630.. memang banyak yang tampal kerja kosong tapi semua nak permanent worker not temporary macam aku.. so semua kena reject.. sedih giler balik tak dapat kerja.. dah tahap mati kutu tak tahu nak cari kerja kat mana. cerita-cerita kat ibu aku.. ibu aku pun suruh aku kerja buat kuih raya dengan mak andak aku. aku tak kesah kerja apa asalkan kerja dan income masuk. penat tu tak kesah. asalkan ada income.

selesai call mak andak aku. isnin nanti aku kena pergi kerja. actually bukan buat kuih raya. tapi masukkan kuih dalam balang kuih. income tak tahu macam mana. sebab mak andak aku cerita diorang bayar ikut peket or bekas. banyak bekas banyak lo duit masuk. so aku kena lo buat kerja cepat-cepat biar dapat banyak bekas.. 

for my opinion.. kerja ni ok sebab aku jenis memang tak selesa kalau dalam poket tak ada duit sendiri. aku dah tak selesa nak minta duit dari parent aku.. kesian kat mereka. pasal upah kecik or apa2 ke aku tak kesah.. yang penting ada kerja, income masuk dan kerja tu halal.. dah dapat kerja ni pun aku dah cukup syukur ke hadrat ILAHI sebab bukakan pintu rezeki untuk aku. sesungguhnya terbukti ALLAH maha pemurah lagi maha penyayang.. ALHAMDULILLAH.


Friday, May 10, 2013

wajah baru blog KU

WAH~~~~
berbeza.. lebih ceria & colour2.. cantik(bagi saya lo.. kalau orang lain kata buruk ada aku kisah)
BATAK tahap babun tengok blog sendiri.. HAHAHA
ibarat monyet mendapat bunga.. macam kanak2 baru dapat 20 sen.. walaupun kanak2 zaman sekarang tak pandang pun 20 sen tu.. EHEHEH..

di sebabkan hari ni tak mesej langsung dengan cinta hati(tak ada kedit nak mesej).. dapat im sekejap je tadi petang tak sampai 10 minit.. tu yang ngadap blog ni berjam-jam.. dari pukul 12 sampi 4 pagi.. confirm kena marah... HAHAHA..

saya pun tak tahu konsep apa yang saya buat. konsep REDAH kot.. sebab buat suka-suka.. tak ada perasaan seni pun masa buat ni.. so nothing is art only copy paste save..

perancangan sebenar hari ini adalah tidur awal sebab esok ada kenduri.. lepas tu nak cari kerja.. kalau tak cari kerja memang bosan habis duduk rumah nak keluar confirm kena marah.. kang katanya merayap jumpa laki.. aish.. cinta hati aku jauh nak jumpa laki apa. so esok nak cari kerja sampi dapat.. kalau tak dapat memang bosan cuti semester aku tahun ni & ini lah satu-satunya cuti semester poket aku kuar habuk.. so kena cari INCOME.. bagi poket ada duit balik..

Tuesday, May 7, 2013

CINTA HATI

bukak2 blog yang dah bersarang tebuan ni terus update pasal cinta hati.. tapi nak buat macam mana tak pandai bukak mukadimah cerita pasal diri sendiri.. Nanti ada yang cakap perah santan. HEHEHE.. so jom kita bukak mukadimah yang pertama setelah meninggalkan blog setelah beberapa abad zaman mesopotamia telah saya tinggalkan... HAHAHA..

dulu masa semester 1 kami teman tapi mesra lepas tu convert jadi couple then sekarang dia adalah cinta hati saya lepas ni dia bakal suami saya.. IN SYAA ALLAH.. amin..

6 facts tentang CINTA HATI saya...

1. Walaupun dia tak hensem macam lee seung gi..


tapi dia saya sentiasa comel di mata saya dan menenangkan hati saya setiap masa..


2. Walaupun dia tak alim macam ustaz...
tapi dia menegur saya untuk sentiasa mengingati ALLAH bila saya lalai.
 


3. Walupun dia bukan profesional motivator
tapi dia yang selalu motivate saya untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah menempuh dugaan yang ada.


4. Walaupun dia tak kelakar macam johan raja lawak
tapi bila saya sedih dia yang akan buat saya tergelak(walaupun benda tu tak lawak tapi terpaksa gelak)


5. Walaupun dia bukan bantal busuk saya
tapi dia sentiasa ada disamping saya bila saya perlukan dia(pada waktu yang tertentu not 24 hours


6. Walaupun dia tak romantik macam Lelaki di Paris yang will kneel down in front their lover and say will you marry me.. 
tapi saya tahu satu hari nanti dia yang akan jumpa my parent untuk ambil saya jadi suri dalam hidup dia.. 
In Syaa ALLAH..


MUHAMMAD SYAHMI BIN SALIM saya hargai setiap kasih sayang yang awak bagi pada saya. Terima Kasih sebab sanggup tunggu saya selama setahun dan akhirnya hati saya dah jadi milik awak dan saya akan setia dengan awak hingga hujung nyawa saya. In Syaa ALLAH..
 SAYA SAYANG AWAK SANGAT9 SAYANG..